Literasi
bahasa berlaku secara serentak dengan menggabungkan keseluruhan kemahiran
berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca, menulis dan berfikir. Dalam aspek
membaca, kesediaan dalam proses pembacaan amat penting bagi seseorang. Seandainya
tahap ini tidak dapat dicapai, proses pembelajaran membaca akan mengalami
kesukaran malah mendatangkan kesan buruk kapada pembaca lebih-lebih lagi dalam
kalangan kanak-kanak.
Kumpulan
sasaran membaca dapat dikategorikan dalam kalangan kanak-kanak dan murid-murid.
Kemampuan seseorang murid membaca dan memahami sesuatu bahan sangat berkait
dengan kejayaan dan keberkesanan dalam sistem pendidikan. Membaca juga
merupakan proses lanjutan daripada kemahiran mendengar dan bertutur kerana
melalui proses inilah kemahiran membaca diperoleh.
TAHAP AWAL MEMBACA
1. Proses mengecam atau
mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.
II. 2. Mengaitkan lambang atau
perkataan yang dilihat dengan bunyi dan makna.
III. 3. Menterjemah makna
perkataan dan mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada.
IV. 4. Mengumpul dan mencantum
idea, perkataan dan ayat menjadi satu idea yang lengkap.
V. 5. Menghurai dan
menjelaskan idea yang didapati kepada diri sendiri, atau kepada orang lain.
KEFAHAMAN MEMBACA
Terdapat
empat tahap kefahaman bacaan iaitu:
1. Tahap literal
II. 2.Tahap inferens
III. 3.Tahap penilaian
IV. 4.Tahap kreatif
INGATAN DALAM MEMBACA
Kemahiran
membaca tidak lengkap jika tidak melalui proses mengingat. Segala fakta yang dibaca
hendaklah disimpan agar tidak lupa untuk dikeluarkan apabila diperlukan. Antara
beberapa kaedah yang dapat membantu mempertingkatkan teknik mengingat ialah:
1. Hafal isi yang dibaca
II. 2. Susun isi dengan betul
III. 3. Tentukan perkara yang
perlu diingat
IV. 4. Uji kemampuan daya
ingatan
V. 5. Cuba ingat semula apa
yang telah dibaca
VI. 6. Menggunakan kaedah akrostik
VII. 7. Menggunakan kaedah bunyi
seakan
VIII. 8. Menggunakan teknik pembahagian
nombor
IX. 9. Menggunaan sistem irama
X. 10. Menggunakan kaedah
akronim
XI. 11. Menggunaan sistem
gambar
MODEL MEMBACA
1. Model psikolinguistik
II. 2. Model membaca Clay
(1991)
III. 3. Model membaca Schraw
dan Bruning (1996)
No comments:
Post a Comment