- Membaca merupakan satu kemahiran yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran membaca perlu diajar dan diterapkan secara berkesan supaya setiap individu khusunya murid dan pelajar dapat menguasai kemahiran ini. Kemahiran membaca juga sebenarnya mempunyai hubungan yang rapat dengan kemahiran yang lain-lain seperti mendengar, bertutur dan menulis.
- Membaca merupakan satu proses yang kompleks menghubungkan aspek pengetahuan, kebolehan, kemahiran mental dan fizikal. Pengetahuan yang dimaksudkan ialah mencakupi bahasa sesuatu bahan yang dibaca.
Di
sini, disertakan beberapa definisi membaca menurut tokoh-tokoh :
1.
Menurut Siti Hajar Abd Aziz (2009:143), membaca satu tindakan komunikasi iaitu
satu proses berfikir yang melibatkan idea, kenyataan dan perasaan yang
disampaikan oleh penulis kepada pembaca melalui perantara lambang-lambang
bahasa.
2.
Menurut Anderson dan Pearson (1984), membaca merupakan suatu proses pembentukan
dan pemberian makna menerusi interaksi antara pembaca dengan bahan yang dibaca
atau proses membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman latar
si pembaca.
3.
Menurut Mahzan Arshad (2008:158), membaca ialah satu proses yang dilakukan
pembaca bagi membentuk atau memberikan makna terhadap teks yang dibacanya
tersebut sebelum membuat keputusan.
4.
Menurut Klein (dalam Farida Rahim, 2005:3), mengemukakan bahawa definsi membaca
merupakan suatu proses. Maksudnya ialah
membaca itu suatu proses mendapatkan informasi daripada teks dan pengetahuan
yang dimiliki oleh pembaca.
5.
Menurut Harris dan Sipay (1980), menyifatkan proses membaca sebagai proses
untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang lambang bercetak atau
bertulis.
6.
Menurut Kenedy (1981), mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk
mengecam bentuk visual (lambang-lambang
yang mewakili bahasa lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), yang
menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna bentuk tersebut dengan bunyi atau
makna yang diketahui berdasarkan pengalaman atau pengetahuan kemudian dapat
mentafsirkan serta memahami maksudnya.
7.
Menurut Marohaini Yusoff (1989), telah merumuskan proses membaca sebagai
perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Terdapat dua komponen
kemahiran utama yang wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal
atau mengecam perkataan dan kemahiran
kedua ialah kemahiran memahami apa-apa yang dibaca. Beliau telah merumuskan
proses membaca seperti berikut :
i. Sesuatu perlakuan membaca mesti
dapat menghasilkan pemahaman serta pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan.
ii. Semasa membaca, seseorang perlu
berfikir, merasai dan membayangkan apa yang dibaca.
iii. Seseorang murid perlu mempunyai
tujuan, jangkaan, pengetahuan dan pengalaman lalu yang akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya.
iv. Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti :
iv. Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti :
a. Mengecam atau
mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.
b. Mengaitkan lambang
atau perkataan dengan bunyi atau makna.
c. Menterjemahkan makna
perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia ada di
dalam fikiran.
dalam fikiran.
d. Mengumpul dan
mencantumkan idea, perkataan dan ayat sehingga menjadi sebuah idea yang
lengkap.
lengkap.
e. Mencuba menghuraikan
idea kepada orang lain.
8.
Menurut Solah (1981) dan Abdul Aziz (1993), kefahaman dalam bidang bahasa
dikaitkan dengan dua kemahiran berbahasa sahaja iaitu mendengar dan membaca.
Ini adalah berdasarkan kepada kepekaan pendengar dan pembaca iaitu ketika
melakukan aktiviti mendengar dan membaca, masing-masing menggunakan derian
pendengaran dan deria penglihatan untuk memahami apa yang didengar dan apa yang
dibaca. Oleh itu, kemahiran mendengar dan kemahiran membaca mempunyai persamaan
dari aspek kefahaman bahasa.
9.
Menurut Ismail Kusmayadi, membaca merupakan proses yang kompleks kerana proses
ini melibatkan kegiatan fizikal dan mental.
10. Menurut Daud
Firmansyah,
membaca merupakan tahap penting dalam proses
perkembangan anak kerana membaca merupakan gerbang pertama untuk menuju proses
pembelajaran yang lebih kompleks.
11. Menurut Burns DKK, (1984), membaca adalah
suatu kegiatan kompleks yang melibatkan serangkaian proses mental kerana ia
melibatkan dua hal dasar dalam membaca iaitu proses membaca dan produk membaca.
12. Menurut
Rooijakers, membaca merupakan suatu cara atau suatu saranan untuk memelihara
tingkat pengetahuan sendiri serta untuk menambah pengetahuan baru.
13. Menurut
Hodgson (Tarigan H.G 2008:7), membaca adalah suatu proses yang dilakukan serta
dipergunakan oleh pembaca untuk memperoleh pesanan yang hendak disampaikan oleh
penulis. Proses ini menuntut agar kelompok kata yang merupakan suatu kesatuan
akan terlihat dalam suatu pendangan sekilas dan agar makna kata-kata secara
individual akan dapat diketahui. Tetapi apabila hal ini tidak dipenuhi, maka
pesanan yang tersirat tidak akan dapat difahami dengan jelas maka proses
membaca tidak akan terlaksana dengan baik.
No comments:
Post a Comment