JellyPages.com

Followers

Sunday, 12 May 2013

Teori Membaca


Bagi memahami dengan lebih jelas proses membaca, kita perlu mengetahui dahulu teori-teori membaca. Terdapat tiga teori utama dalam proses membaca iaitu :
i.     Teori Psikologi
ii.    Teori Kognitif.
iii.   Teori Linguistik.

2.1       Teori Psikologi.

Dalam teori psikologi, terdapat model behavioris yang berkaitan dengan proses membaca. Menurut model ini, semua pembelajaran yang melibatkan proses pembentukan tabiat atau kebiasaan melalui hubungan antara rangsangan dan tindak balas.
            
Dalam bidang bacaan, model ini boleh diaplikasikan kepada proses membaca. Untuk menguasai kemahiran membaca, seseorang perlu berlatih membaca dengan mengecam huruf kemudian diikuti dengan mengecam perkataan. Selain daripada mengecam perkataan, model ini juga turut mengemukakan seseorang perlu mendapat makna daripada perkataan dan ayat secara automatic setelah menguasai kemahiran membaca.
            
Menurut model ini lagi, sesuatu tingkah laku akan menjadi kebiasaan jika dibuat secara berulang kali. Hal ini juga sama seperti dalam pembacaan. Kebolehan membaca akan bertambah baik jika kemahiran yang berkaitan dengannya dibuat secara berulang kali.


2.2       Teori Kognitif.

Kebanyakkan daripada ahli dalam teori kognitif ini merupakan ahli bahasa yang percaya bahawa perkembangan bahasa adalah sebahagian daripada proses perkembangan seseorang individu. Ahli teori ini berpendapat bahawa membaca adalah kemahiran kognitif yang kompleks.
           
Teori ini menganggap membaca itu sebagai suatu pengumpulan, memproses serta menggunakan maklumat dan tidak hanya bertindak balas terhadap bahan bacaan. Toeri ini menolak anggapan bahawa kemahiran berbahasa boleh diperoleh melalui pembentukan kebiasaan atau tabiat melalu ikatan rangsangan dan tindak balas.




2.3       Teori Linguistik.

Teori linguistic adalah teori bahasa yang mengatakan bahawa seseorang kanak-kanak boleh menggunakan kebolehan berbahasa yang diperoleh sejak lahir untuk mendapatkan pengetahuan daripada persekitarannya.
          
  Teori ini telah mendefinisikan membaca sebagai proses psikolinguistik yang memperlihatkan makna diperoleh melalui hubungan media linguistic. Mengikut teori ini, membaca bukan sahaja proses mengatur huruf sehingga menjadi perkataan dan rangkai kata kepada ayat, tetapi membaca sebenarnya adalah proses mendapatkan makna pada tahap dalaman.




4 comments:

  1. assalamualaikum. terima kasih dengan perkongsian ini. ianya amat bermanfaat untuk saya ambil sebagai rujukan dalam penulisan proposal saya. minta maaf tidak minta izin terlebih dahulu. terima kasih ya

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih atas perkongsian. Sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  3. sangat bermaanfaat utk penulisan proposal saya.. lega terus..barakallahu fik

    ReplyDelete
  4. sangat bermanfaat..terima kasih

    ReplyDelete