Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kursus BMK 3033 - KETERAMPILAN MEMBACA kumpulan kuliah D yang
dikendalikan oleh Dr. Makmur bin Haji Harun iaitu pensyarah kami merupakan kursus yang
penuh dengan perbincangan mengenai ilmu membaca. Kami diberi tunjuk ajar serta perkongsian ilmu yang sangat bernilai.
Sepanjang mengikuti kursus ini kami telah diberikan beberapa tugasan. Salah satu tugasan yang perlu kami laksanakan ialah projek untuk menghasilkan satu
blog yang bertajuk ‘Ketrampilan Membaca.’ secara berkumpulan. Dengan kerjasama yang diberikan, kami akhirnya berjaya menghasilkan blog ini dengan jayanya. Di dalam blog ini kami akan memuatkan
perkara-perkara berikut:
· Definisi Membaca
· Teori Membaca
· Belajar Membaca
· Masalah dalam Membaca
· Pemilihan Bahan Bacaan
· Pendekatan dalam Mengajar Membaca
Oleh itu, kami mengalu-alukan kehadiran saudara dan saudari sekalian untuk menjadikan blog ini sebagai tempat anda berkongsi ilmu dan pandangan. Besarlah harapan kami agar blog ini dapat dijadikan sebagai rujukan buat semua.
Kain pasang bewarna biru,
Beli pula langsir jingga,
Marilah kongsi sedikit ilmu,
Barulah hidup sentiasa ceria.
Sekian, terima kasih. :)
No comments:
Post a Comment