FAKTOR MASALAH MEMBACA
Terdapat tiga faktor masala membaca iaitu :
i. Faktor fizikal
ii. Faktor kognitif dan bahasa
Faktor Fizikal
Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah neurologikal seperti kerosakan otak (serebral palsi, aphasia, terencat akal dan sebagainya) dan juga yang bermasalah kesihatan (epilepsi, masalah jantung, kurang zat makanan yang serius dan sebagainya).
Faktor Kognitif dan Bahasa
Faktor Kognitif dan Bahasa Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan yang terencat akal akan menghadapi masalah dalam bacaan yang serius. Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang rendah sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjadi sangat sukar.
Faktor bahasa melibatkan bahasa penerimaan (receptive language) yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis. Faktor Emosi, Persekitaran, dan Pendidikan Masalah membaca kebiasaannya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak.
Faktor emosi, persekitaran dan pendidikan
Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca. Kegagalan membaca menjadikan kanak-kanak kecewa dan menjejas emosi mereka.
Faktor persekitaran bagi kanak-kanak yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakan keluarga, dan sebagainya akan menjejaskan pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca.
Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah dan penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan.
MASALAH DALAM KEFAHAMAN BACAAN
Antara masalah dalam kefahaman bacaan adalah:
I. Gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti selepas, sudah,
sebelum, pagi, sekejap, dan sebagainya.
II. Tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi.
III. Gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan bacaan
terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca.
IV. Lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca.
V. Gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca.
VI. Tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan yang dibaca.
VII. Tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah, dan sebagainya dalam buku.
Guru perlu memerhati tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan. Antaranya ialah:
I. Membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan
II. Bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar
III. Teragak-agak (hesitation) - teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum menyebut sesuatu
perkataan ketika membaca.
IV. Membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan
V. Membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak
VI. Menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca
VII. Tingkah laku yang tidak selesa seperti mengelip-ngelipkan mata, mengerut dahi, menggeleng kepada
dan sebagainya
VIII. Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau “blurring”
IX. Kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan
X. Cuba mengelak daripada aktiviti membaca
XI. Tidak boleh membaca langsung
MENGATASI MASALAH DALAM PEMBACAAN
I. Kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru-guru yang berpengalaman
II. Membacakan buku-buku cerita atau menggunakan teknik flash-cards.
III. Galakkan kanak-kanak mengeja dan menyebut perkataan tetapi jangan menggunakan paksaan.
IV. Interaksi keluarga dan pengaruh psikososial seperti galakan yang diterimanya, peluang-peluang serta
sumber-sumber bacaan yang terdapat di rumah.
V. Guru menunjukkan kad bergambar dan semua murid dikehendaki menyebut nama benda yang dilihat.
VI. Guru menunjukkan dan membaca kad-kad perkataan dan kemudian murid-murid akan mengikut guru.
VII. Murid-murid dikehendaki memadankan kad-kad perkataan dengan gambar.
VIII. Selepas itu, semua murid akan membaca kad-kad perkataan beberapa kali dengan bimbingan guru.
IX. Kemudian, murid-murid akan membaca tanpa dibimbing.
X. Setelah mahir dalam bacaan, setiap murid akan mula menulis ayat pada buku.
No comments:
Post a Comment